Friday, 20 July 2018

KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA POLIS KEDAH 2018


Menyertai kejohanan futsal piala ketua polis kedah 2018 pada 18-19/17/2018 di Amanjaya Sport Arena Sungai Petani kedah dan  ipd langkawi mendapat tempat ketiga kategori wanita.


Bersama team kuala muda yang menjadi tuan rumah pada perlawanan ini.


Bersama timbalan ketua polis ipd langkawi yang hadir bersama ketika majlis penyampaian hadiah.

JAMUAN RAYA IPD LANGKAWI 2018



Penat yang berbayar kerana dapat melihat kawan2 turut membantu demi menyiapkan gerai pada siang hari dan sama2 cantik pada malam jamuan raya bersama ketua polis daerah langkawi.



Bersama pegawai awam wanita ipd langkawi dari pelbagai bahagian dan cawangan.

PEMANDANGAN INDAH LANGKAWI


Pemandangan yang sangat cantik sesuai untuk pelbagai aktiviti di sni seperti riadah, bergambar mencari ketenangan dan lain2 lagi dapat dilakukan disini kerana pemandangan yang cukup menarik dan sesuai untuk semua.

RUNKAWI 2018


Menyertai Larian Runkawi 2018 bagi kategori 5KM pada 14/07/2018 sabtu. Bagi menambah pengalaman dan mengenali kawan2 baru.

HARI RAYA AIDILFITRI 2018


Kemeriahan menyambut hari raya aidilfitri bersama keluarga tersayang.

SAHABAT BAIK DARI KECIK



Sahabat baik aku dari kecik nama Siti Noor Amalina binti Zahari, dari kecik sampai la aq besaq memang aku kawan dengan dia walau kami kerap gaduh tapi tak lama akan bebaik semula. ramai jugak la yang menghalang kami untuk berkawan baik tapi kami tak pernah ambil peduli apa orang nak kata. diasangat mempercayai aku apa saja rahsia dia selalu luah kepada aku, bagi aku sekali rahsia selamanya tetap menjadi rahsia, sampai la bbf aku ni kawin sedih jugak la masa tu. sebab selepas kawen dia kena ikut suami pindah ke merbos sp. jadi tinggai la aku kat langkawi ni.


Saat mi bukan dia saja yang gemuruh aku juga turut merasainya. sediha dalam gembira saat melepaskan sahabat baik aku pada suaminya..ececey...sayang sungguh la katakan...

KAMPUNG MAKAM MAHSURI LANGKAWI


Menziarahi kampung makam mahsuri yang selalu kita dengan tentang Lagenda Mahsuri di Pulau Langkawi.

Mahsuri binti Pandak Mayah merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.
Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.
Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.
Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Mayah dan Cik Alang telah datang dari Kampung Kemala,Phuket, Thailand ataupun dahulunya dekenali dengan nama (Siam). Mereka berhijrah ke Langkawi untuk mengubah keadaan hidup mereka bagi menjadi lebih baik. Pada masa itu pasangan suami isteri ini berkerja sebagai petani.Lama kelamaan rezeki mereka semakin murah hinggakan mereka telah mampu membeli tanah dari masyarakat setempat. Diceritakan juga oleh orang lama-lama di Langkawi bahawa keluarga Pandak Mayah ini telah menjalankan perniagaan kemenyan serta sarang burung. Ini telah melipat kali gandakan lagi rezeki mereka sekeluarga sehingga mereka ini menjadi salah satu keluarga yang berada di Langkawi.